Di Sebalik Langkah yang Lambat, Ada Hati yang Tidak Pernah Berhenti
Langit kampus hari itu biru dan lapang. Beg galas di belakang terasa ringan, tetapi dada saya berombak dengan sesuatu yang lebih berat. Rasa teruja yang tak pernah saya kenal sebelum ini. Pertama kali menjejak kaki ke universiti. Bukan melalui skrin telefon, bukan dari ruang sempit bilik tidur, tetapi dengan langkah sebenar di tanah nyata yang selama ini hanya saya bayangkan. Dua tahun sebelum itu, dunia pembelajaran saya berlangsung dari sisi katil. Skrin kecil telefon menjadi kelas, papan putih dan tetingkap dunia luar. Sambungan internet sering terputus. Sekali angin bertiup kuat, suara pensyarah hilang entah ke mana. Setiap kali mahu bertanya, saya ragu-ragu. Wajah-wajah rakan hanya siluet digital tanpa suara, tanpa hubungan. Belajar terasa seperti bercakap dengan dinding. Kini, setiap lorong di kampus menjadi petualangan. Kadang-kadang saya sesat, tercari-cari fakulti, dewan kuliah atau bilik pensyarah. Tapi dalam sesat itu, saya temui arah. Saya belajar bertanya. Saya...