Catatan

Di Sebalik Langkah yang Lambat, Ada Hati yang Tidak Pernah Berhenti

Imej
  Langit kampus hari itu biru dan lapang. Beg galas di belakang terasa ringan, tetapi dada saya berombak dengan sesuatu yang lebih berat. Rasa teruja yang tak pernah saya kenal sebelum ini. Pertama kali menjejak kaki ke universiti. Bukan melalui skrin telefon, bukan dari ruang sempit bilik tidur, tetapi dengan langkah sebenar di tanah nyata yang selama ini hanya saya bayangkan. Dua tahun sebelum itu, dunia pembelajaran saya berlangsung dari sisi katil. Skrin kecil telefon menjadi kelas, papan putih dan tetingkap dunia luar. Sambungan internet sering terputus. Sekali angin bertiup kuat, suara pensyarah hilang entah ke mana. Setiap kali mahu bertanya, saya ragu-ragu. Wajah-wajah rakan hanya siluet digital tanpa suara, tanpa hubungan. Belajar terasa seperti bercakap dengan dinding. Kini, setiap lorong di kampus menjadi petualangan. Kadang-kadang saya sesat, tercari-cari fakulti, dewan kuliah atau bilik pensyarah. Tapi dalam sesat itu, saya temui arah. Saya belajar bertanya. Saya...

Dari Kotak Skrin ke Pintu Kampus: Sebuah Perjalanan Sunyi yang Membentuk Jiwa

Imej
Pintu kampus itu kelihatan asing. Saya berdiri seperti pelajar baharu. Langkah pertama saya di atas jalan berturap Universiti Sains Islam Malaysia terasa janggal, tetapi penuh makna. Bukan kerana saya baru mendaftar, tetapi kerana ini kali pertama saya benar-benar hadir. Dua tahun sebelum itu, dunia saya hanyalah sebuah bilik kecil, sebuah telefon bimbit dan sambungan internet yang sering terganggu. Saya tidak pernah merasai debar orientasi. Tidak pernah duduk di bangku kuliah. Malah, saya tidak tahu bagaimana rupa bangunan fakulti saya. Wajah pensyarah dan rakan sekelas hanya muncul sebagai bayang kecil di skrin. Tiada suara menyapa di koridor. Tiada tawa bergema di kafeteria. Pembelajaran saya berselimut sunyi. Kadang-kadang, saya terpaksa keluar rumah dan duduk di beranda demi mendapatkan sedikit talian yang stabil. Saya diam di kelas bukan kerana malas, tetapi kerana rasa malu yang menekan dan kefahaman yang sukar dikejar. Tugasan dihantar tanpa suara. Soalan ditelan waktu. Hub...

UNIVERSITI WANITA TERBESAR YANG PERTAMA DI DUNIA

Imej
     Ramai yang masih belum tahu akan kewujudan sebuah universiti yang mengunakan sistem teknologi secara menyeluruh iaitu adalah Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) yang mana merupakan sebuah universiti hanya untuk perempuan di Arab Saudi. Siapa sangka terdapat juga universiti islam seperti itu. Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) adalah sebuah universiti khusus untuk wanita yang pertama di Riyadh, Arab Saudi yang mana ianya merupakan sebuah universiti perempuan terbesar di dunia, dengan keluasannya  8 juta persegi dengan terletaknya di tengah bandar Riyadh. Tambahan juga, keluasan dan kapasiti universiti ini juga mampu menampung seramai 50,000 orang pelajar dalam satu masa. Dengan itu, menjadikan universiti pertama untuk Wanita dengan tujuan untuk menyampaikan isu-isu wanita melalui visi dan tujuan strategiknya sesuai dengan peranan dan bidang pekerjaannya. Oleh itu, matlamat utama program "Kajian Wanita" adalah mengkaji isu da...

RAYA TERINDAH DI TANAH SUCI

Imej
 Dapat mengaminkan doa imam di Masjidil Haram pada sepuluh malam terakhir Ramadhan bersama ibu tersayang dan menyambut Aidilfitri di Tanah Suci antara pengalaman manis yang berharga bagi saya semasa masih bergelar seorang pelajar di Princess Nourah University yang terletak di ibu kota Arab Saudi iaitu Riyadh. Saya bertolak dari Riyadh ke Madinah bersama kakak dan adik saya untuk menyambut ketibaan ibu tercinta kami dari Malaysia yang baru sahaja sampai di Madinah al-Munawwarah. Perjalanan kami mengambil masa selama dua jam dengan menaiki kapal terbang tempatan. Setelah tiba di Madinah, kami terus bertolak ke Masjid Nabawi untuk bertemu ibu kami. Hampir satu tahun tidak berjumpa dengan ibu tercinta disebabkan kami empat beradik belajar di luar negara dan hanya dibenarkan pulang satu kali setahun. Ketika kami bertemu ibu, kami melihat ibu menitis air mata kegembiraan dapat bertemu dengan anak-anaknya yang sekian lama tidak berjumpa. Dan ini juga merupakan puasa dan raya pertama ibu s...