UNIVERSITI WANITA TERBESAR YANG PERTAMA DI DUNIA

  

 



Ramai yang masih belum tahu akan kewujudan sebuah universiti yang mengunakan sistem teknologi secara menyeluruh iaitu adalah Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) yang mana merupakan sebuah universiti hanya untuk perempuan di Arab Saudi. Siapa sangka terdapat juga universiti islam seperti itu.

Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) adalah sebuah universiti khusus untuk wanita yang pertama di Riyadh, Arab Saudi yang mana ianya merupakan sebuah universiti perempuan terbesar di dunia, dengan keluasannya  8 juta persegi dengan terletaknya di tengah bandar Riyadh. Tambahan juga, keluasan dan kapasiti universiti ini juga mampu menampung seramai 50,000 orang pelajar dalam satu masa.

Dengan itu, menjadikan universiti pertama untuk Wanita dengan tujuan untuk menyampaikan isu-isu wanita melalui visi dan tujuan strategiknya sesuai dengan peranan dan bidang pekerjaannya. Oleh itu, matlamat utama program "Kajian Wanita" adalah mengkaji isu dan keperluan wanita. Ini, seterusnya, akan memperkasakan status wanita dan mengukuhkan peranan mereka dalam pembangunan Kerajaan. Ia juga akan membolehkan pembuat keputusan merancang dengan betul dan mengamalkan dasar pembangunan mengikut keperluan sebenar. Serta untuk memperkasakan wanita mengikut identiti negara dan nilai-nilai Islam.

Universiti ini juga menawarkan pengajian di peringkat diploma, ijazah serjana muda dan ijazah serjana.  PNU juga menawarkan pelbagai jenis bidang pengajian kepada pelajar. Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Fakulti Sains, Fakulti Farmasi, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perniagaan dan Pengursan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Bahasa dan Terjemah dan banyak lagi. Akan tetapi untuk pelajar luar negara yang mendapat biasiswa hanya boleh menyambung pengajiannya dalam Kursus Bahasa Arab dan Kursus Pengajian Islam.

Selain itu, universiti ini menyediakan biasiswa penuh kepada pelajar luar negara. Biasiswa di PNU merangkumi: 1) Yuran pengajian. 2) Elaun bulanan sebanyak Sr 840 sebulan. 3) Tempat tinggal (asrama) . 4) Makanan asrama. 5) Tiket kapal terbang ( satu kali setahun pada cuti musim panas ) untuk pulang ke negara masing-masing. Semua biasiswa ini ditanggung oleh pihak kerajaan Arab Saudi. Apa yang menariknya pelajar tidak perlu membayar balik biasiswanya jika tidak dapat menghabiskan pengajiannya.

Seterusnya, terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh PNU ialah sebuah perpustakaan yang sangat besar yang terdiri dari 6 tingkat serta meyediakan lebih puluhan ribuan buku berserta rujukan. Dan kemudahan yang lain ialah  2 buah pusat sukan yang  mempunyai pelbagai kemudahan dan alatan sukan seperti `gym` , kolam renang besaiz Olimpik dan lain-lain lagi. Untuk menyertai pusat sukan ini pelajar perlu membayar Sr 300+ persemester atau Sr 100+ perbulanan.

Banyak keistimewaan yang diberikan oleh pihak universiti diantaranya ialah menyediakan khidmat ‘metro’ percuma yang bergerak dari satu bangunan ke bangunan seterusnya tanpa henti dari jam 6 pagi sehingga jam 6 petang. Tambahannya lagi, universiti ini juga menyediakan asrama yang mana biliknya seperti hotel bertaraf lima bintang dengan kelengkapan yang telah disediakan seperti dapur, bilik mandi, tandas, televisyen, telefon bilik, peti sejuk, peti besi dan kemudahan internet 24 jam. Serta PNU turut menyediakan perkhidmatan baik pulih peralatan  bilik yang rosak secara percuma.

Disamping itu, keistimewaan PNU juga kepada wanita ialah membolehkan pelajar untuk berhias dan berdandan tanpa batas ke kelas tanpa memakai hijab dan kawasan khas perempuan kerana seluruh kawasan kampus bebas dari lelaki. Serta keistimewaan yang lain ialah memberi perkidmatan bersalin percuma kepada pelajar di hospital universiti.

Oleh disebabkan universiti ini adalah untuk wanita sahaja, maka semua kakitangan yang bekerja dengannya adalah wanita termasuklah pensyarah, pengawal keselamatan, juruteknik, warden asrama dan lain-lain. Namun begitu, terdapat juga pekerja lelaki yang mana pejabatnya dikawasan pejabat pentadbiran lelaki dan seumpama dengannya. Oleh demikian itu, pekerja lelaki tidak dibenarkan masuk kedalam universiti kecuali setelah mendapat keizinan untuk masuk.

Terdapat beberapa perbezaan diantara PNU dengan universiti di Malaysia ialah PNU memiliki hospital besar yang mana ianya memberi rawatan kesihatan sepenuhnya kepada orang awam dan juga pelajar yang mana untuk peljar semua kos rawatan ditanggung oleh pihak university manakala universiti di Malaysia hanya memiliki klinik sahaja. Tambahan lagi, PNU mempunyai pusat beli-belah pelajar yang cukup besar yang terdiri dari 3 tingkat dan disana  terdapat banyak kedai-kedai yang menarik seperti `Starbuck`, `Baskin Robins`, `Subway`, Auntie Anne’s dan lain-lain. Malah disitu juga terdapat farmasi, perkidmatan bank seperti `Riyadh Bank`.

Tambahan juga, terdapat keunikan universiti ini yang tiada pada universiti-universiti di Malaysia adalah pelajar tidak perlu memakai tudung ketika berada dikawasan universiti dan kawasan khas untuk perempuan. Bahkan didalam kelas pelajar dan pensyarah diwajibkan melepaskan tudung serta jubah kerana ia merupakan peraturan universiti dan jika memakai juga ianya boleh dianggap melanggar peraturannya. Tambahan lagi, ianya merupakan tradisi budaya arab.

Akhir sekali, tidak dinafikan universiti ini merupakan sebuah impian kepada seluruh pelajar yang ingin menyambungkan pengajiannya di Princess Nourah bint Abdul Rahman University kerana ia adalah universiti khusus untuk perempuan sahaja.

 

Info lanjut untuk permohonan pengajian dibawah taajan Arab Saudi, boleh rujuk disini:

https://www.pnu.edu.sa/en/pages/scholarships.aspx

Info lanjut untuk permohanan pengajian pada tahun ini, boleh rujuk disini:

https://www.pnu.edu.sa/ar/Deanship/Registration/Announcements/Pages/nnouncement595.aspx

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RAYA TERINDAH DI TANAH SUCI