RAYA TERINDAH DI TANAH SUCI
Dapat mengaminkan doa imam di Masjidil Haram pada sepuluh malam terakhir Ramadhan bersama ibu tersayang dan menyambut Aidilfitri di Tanah Suci antara pengalaman manis yang berharga bagi saya semasa masih bergelar seorang pelajar di Princess Nourah University yang terletak di ibu kota Arab Saudi iaitu Riyadh. Saya bertolak dari Riyadh ke Madinah bersama kakak dan adik saya untuk menyambut ketibaan ibu tercinta kami dari Malaysia yang baru sahaja sampai di Madinah al-Munawwarah. Perjalanan kami mengambil masa selama dua jam dengan menaiki kapal terbang tempatan. Setelah tiba di Madinah, kami terus bertolak ke Masjid Nabawi untuk bertemu ibu kami. Hampir satu tahun tidak berjumpa dengan ibu tercinta disebabkan kami empat beradik belajar di luar negara dan hanya dibenarkan pulang satu kali setahun. Ketika kami bertemu ibu, kami melihat ibu menitis air mata kegembiraan dapat bertemu dengan anak-anaknya yang sekian lama tidak berjumpa. Dan ini juga merupakan puasa dan raya pertama ibu s...

























Ulasan
Catat Ulasan